Tepat Dan Mudah Dalam Memilih Baju Dalam





Ada segelintir wanita malu dgn saiz payudaranya sendiri. Bagi wanita bertubuh besar dan mempunyai payudara besar misalnya, sering membuat tanggapan tidak layak mengenakan pakaian cantik kerana bimbang menarik perhatian orang.

Hakikatnya, wanita  yg mempunyai payudara kecil atau besar perlu memilih dan memakai baju dalam sesuai kerana ia berperanan membantu memberikan sokongan mantap untuk payudara dan postur tubuh disamping keselarasaan kepada pemakai.

Bagi wanita yg memiliki payudara besar dan memilih memakai baju dalam yg kecil untuk mengurangkan saiznya, ia bukanlah pilihan tepat. Ini kerana pemakaian baju dalam seperti itu boleh menyebabkan payudara terangkat dan tampak lebih besar.

Berikut Adalah Tips Bagi Wanita Memilih Baju Dalam Yg Sesuai :

§               Tali bahu mestilah cukup besar untuk menampung dan menyokong payudara yaitu sekurang-kurangnya 19mm lebar bagi mereka yg bertubuh besar dan payudara besar. Bagi yg bertubuh besar tetapi mempunyai payudara kecil atau sederhana pilihlah tali bahu antara 13mm hingga 16mm.

§               Mangkuk baju dalam yg paling sesuai untuk mereka yg bertubuh besar dan memiliki payudara besar sewajarnya memberi liputan sepenuhnya ia juga memastikan payudara kemas dan tidak terbuai apabila bergerak atau berjalan.

§               Bagi wanita yg bertubuh besar dan mempunyai payudara sederhana disarankan memilih mangkuk penuh tapi ¾ juga boleh dikenakan kerana anda hanya perlu pilih saiz baju dalam yg besar.

§               Sayap belakang juga mestilah cukup lebar agar tisu pada bahagian belakang tidak membojol dan berat payudara dapat diseimbangkan dan menghasilkan garis ukur lilit yg selari di antara bahagian depan dan belakang baju dalam. Malah, ia juga membantu memperbaiki postur tubuh.

Sumber: www.cikedis.com

temukan Info Lain Seputar Baju Dalam

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tepat Dan Mudah Dalam Memilih Baju Dalam"